Jabatan Farmasi hospital bertanggungjawab
terhadap keseluruhan pentadbiran dalam unit-unit perkhidmatan
farmasi termasuk Stor Integrasi. Ia juga bertanggungjawab
melaksanakan polisi-polisi dan tatacara-tatacara bahagiannya,
organisasi, sumber tenaga manusia, pelan tindakan, peruntukan
kewangan, penyeliaan pelbagai aktiviti untuk mencapai objektif-objektif
jabatan.
Jabatan Farnasi, Hospital Duchess of Kent terbahagi
kepada 5 unit, iaitu:-
Farmasi Klinik
Pakar & Pesakit Luar
Farmasi Pesakit
Luar
Unit Pengeluaran
Pusat Maklumat
Ubat dan Racun
Stor Integrasi
|
Peranan utama
Farmasi Pesakit Luar adalah mendispen ubat-ubatan kepada pesakit-pesakit
. Di samping itu perkhidmatan kaunseling ubat- ubatan turut
diberikan. Purata preskripsi yang diterima adalah sebanyak 800
sehari (500 adalah dari Jabatan Pesakit Luar dan 300 dari Klinik
Pakar) |
 |
Peranan utama
Farmasi Pesakit Luar adalah mendispen ubat-ubatan kepada pesakit-pesakit
. Di samping itu perkhidmatan kaunseling ubat- ubatan turut
diberikan. Purata preskripsi yang diterima adalah sebanyak 800
sehari (500 adalah dari Jabatan Pesakit Luar dan 300 dari Klinik
Pakar) |
 |
Farmasi Pesakit
Dalam Hospital Tawau berfungsi membekalkan ubat kepada wad-wad
dan unit-unit di Hospital Tawau. Pembekalan dibuat secara sistem
‘unit of use’ dan pembekalan pukal iaitu sistem
wad tradisional. Di samping itu, Farmasi Pesakit Dalam turut
membekalkan ubat-ubat secara ‘Bedside Dispensing’
kepada pesakit yang dibenarkan pulang (discaj). |
 |
Aktiviti Unit Pengeluaran di Hospital
Tawau lebih kepada aktiviti pra-bungkusan kerana kebanyakan
ubat-ubat jenis cecair atau krim telah diperolehi daripada Pharmniagai
dan Pusat Bekalan Farmasi Negeri (PBFN). Oleh itu, unit ini
telah mengadakan aktiviti pra- bungkusan berpusat di bangunan
Stor Integrasi. |
 |
Stor Integrasi
Hospital Tawau berfungsi sebagai pembekal ubat-ubatan dan alat-alat
perubatan (standard item) bagi unit-unit pengguna di Hospital
Tawau serta pusat-pusat Kesihatan Kawasan Tawau. Sehingga kini
terdapat 56 unit pengguna yang membuat pesanan barang-barang
ke Stor. |